Kehidupan

Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan

Dan dengan penuh ketakutan

Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu penuh kebimbangan

Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan jika tidak diselimuti oleh kehendak

Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan

Dan segala macam pengetahuan akan kosong bila tidak diiringi kerja

Dan segala kerja hanyalah kehampaan kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta

Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu

Dengan wujudnya kamu,wujud manusia lain

Dan wujud Tuhan.

KAHLIL GIBRAN

  • 05.07.11